Angin bertiup tanpa arah
Tanpa petunjuk, dan tanpa sesiapa yang mengarahnya. Angin bertiup secara semulajadinya mengikut telunjuk sang pencipta.
Tanpa arah. Sedih mengingatkan kejadian semalam. Mungkin ada yang disakiti, namun hati ini pun, turut sama sakit rasanya.
Kekadang hati ini, kemahuannya tidak terduga. Kemahuannya kekadang dipersetujui, terkadang pula tidak disukai. Namun apakan daya, hati sememangnya kekadang teringin merasa nasi berwarna
merah semasa teman sebelah teringinkan nasi pulut.
Dingin... Hening... Stress...
Sesampai di rumah tadi, di ambang pintu, terlihat teman karibku, melebar-lebarkan tilam nipis itu, buat alas si kecil tatkala dia terjerumus ke bawah. Namun mata ku ini, tercari-cari, mana pula perginya si kecil nih? Di sebalik bakul pengumpulan kain, keluar bunyi... "erhkh??!!".. dengan nada seperti bertanya, sambil pada masa yang sama, keluar pula kepala si kecil yang sedang merangkak sambil teleng kepalanya melihat ke arah pintu di tempatku berdiri... WAAahhh.. gembira rasanya hati melihat dia. Macam tau pula di mana perlu dilihatnya. Ku senyum padanya dan memanggil namanya... lalu dilontarkan senyumannya seperti selalu, senyuman gembira, sambil meronta-ronta ingin dilepaskan untuk ke tempat ku...
Huh... senang hatiku melihat keluarga kecilku. Si kecil bertumbuh dengan sempurna, walaupun bibir kiri bawah, membengkak sedikit setelah dia cuba berdiri berdekatan rak-rak album petang tadi... Masih merah bekasnya. Kesian dia... Ah, memang proses pembesaran, dia akan tetap lalui pelbagai suka dan duka... terpaksa ibu dan bapanya menjaga dia sepanjang masa... bukan terpaksa, tetapi telah menjadi suatu tanggungjawab yang diberikan kepadaNya kepada kami berdua.
Saat ini, hati masi terasa sakit, terluka, tergores.... Di adventist auditorioum tadi, kelihatan dua sikat kulit pisang rebus, dibuang kembali ke hadapan stor minuman adik Atoh. Adik berkata, ia telah dibuang di tepi pagar dua hari sebelumnya. Tapi entah mengapa lah janitor adventist auditorium nih, ada-ada sahaja hal yang dibuatnya. Terhidu mcm busuknya hatinya, lebih busuk dari bangkai anjing yang terlerai di tepi-tepi jalanraya tu.. Hai, nak mengadu dengan pihak pengurusan mission... pun macam tiada tindakan pun yang dibuat mereka. Biar lah... tengok macam mana, si bapa pun macam tenang-tenang saja hari ini, jadi biar lah.
Di tengah malam ini, teringat pula, kebosanan yang menimpa dalam hidup ini... Aku bosan, tidak dapat menjalani kehidupan seperti keluarga-keluarga lain. Aku pun teringin juga merasai hidup berkeluarga yang mana dijalani sesama aku, temanku, dan sikecil kami tu. Tanggungjawab menjaga puan yang terutama, dipikul sepenuhnya oleh temanku... dan kekadang, kakak angah temanku, akan menggantikannya sekiranya ada masa cuti yang diperolehinya... Namun pertukaran shift menjaga puan yang terutama itu, tidak memadai hati dan fikiranku, sebab jauh di lubuk hati ini, teringin ku menjalani kehidupan seperti kakak long temanku, yang berkeluarga, dan menjaga dan mendidik anak-anak mereka tanpa gangguan dari mana-mana pihak.
Aku bosan, bukannya bosan biasa, aku teringin menjalani hidup normal berkeluarga, dan merasai dunia ini milik kami bertiga sahaja... namun sekarang, tidak ku tahu, dapatkah ku kecapinya? boleh ka kami merasai apa yang dirasai keluarga-keluarga lain, membesarkan si kecil dengan penuh perhatian, tanpa apa-apa yang mengganggu tumpuan?... Ingin juga ku rasai, setiap kali ku balik, si teman akan menyambutku dengan senyuman, mendengar suaranya bertanya "bagaimana hari mu hari ini?"... mendengar si kecil bergelak ketawa bersama ibunya... Tetapi di sebaliknya lah yang sedang berlaku... Jikalau bukan bunyi suara-suara halus yang meminta itu dan ini, ini dan itu, mengajar itu dan ini, ini dan itu, suara si teman lah yang ku akan dengar, suara si teman yang sedang marah, geram, apabila puan yang terutama itu melemparkan suara-suara, arahan-arahan, permintaan-permintaan yang kurang patut... terutamanya kurang patut pada pandangan temanku itu... kesian temanku... aku tidak mampu membantunya menjaga puan, kecuali semasa membawa puan ke rumah sakit tatkala tiba tarikh temujanjinya dengan GP.
Apa yang patut ku lakukan?? sudah lama soalan itu berputar-balik di kepala ku... memang sudah cukup lama. Tunggu lah dulu, bila aku mendapat perkerjaan yang agak baik. Mungkin akan ku usahakan mencari pembantu puan. Mungkin gajinya dibahagikan dengan dua, atau tiga, tidak ku tahu... Mungkin juga hanya seorang yang akan membayar?? Tunggu dan lihat.
Apa-apa pun blogspot, terima kasih, kerana memberikan ku peluang, menempatkan perasaanku yang daif ini di halamanmu sekali lagi. Bukannya bertujuan memberi tahu seluruh dunia berkenaan hidupku, tetapi siapa lagi yang teringin membaca kisahku kalau bukan engkau blogspot.
Semoga bertemu di lembaran lain.
Selamat malam semua.