Monday, May 8, 2017

"Ditelan Mati Emak, Diludah Mati Bapa"

Hello crumpledspace... It has been a long time buddy... Now I'm back again, maybe for a moment, maybe for quite some times...

Hidup sememangnya dipenuhi dugaan dan pelbagai pancaroba. Ada yang dalam dan ada juga yang cetek.

Apa pun yang kita tempuhi, HIDUP HARUS DITERUSKAN.

Beberapa bulan yang lalu, kehadiran bayi keduaku begitu menceriakan duniaku ini. Kini mampu dia berdiri sendiri walau tak pernah membuat langkahnya yang pertama, cukup membuatku gembira di samping kekasih dan teman baik sepanjang hayatku, seorang yang kugelar isteriku.

Dalam hidup berumahtangga ini, bukan sahaja bererti kita mengahwini isteri yang kita sayangi, tetapi juga keluarga isteri atau suami kita itu.

Kegemilangan seseorang tidaklah terletak di seluruh zamannya.  Sama seperti adanya masa kelahiran, ada juga masa kematian. Ada masa sihat, ada masa kita sakit. Begitu lah selanjutnya, ada masa yang terbaik, ada yang paling buruk. Dikala ku mencoretmu 'crumpledspace', aku diduga dengan pelbagai keadaan perit.

Keluarga kecilku bahagia walau dengan kepayahan hidup, dan keterbergantungan hidup dengan ibu dan ayahku sementara kini.

Banyak perancangan yang telah kutulis, namun tidak berhasil.  Tekananku dalam berkeluarga amat dalam kurasai pada masa kini.  Mungkinkah disebabkan oleh belenggu yang tetap mengikat kakiku sehingga sekarang ini?

Ku tidak persalahkan keadaan. Ini lah lumrah dunia. Namun yang mengecewakanku adalah.... terpaksa mengharungi sesuatu yang kusut, walhal tak perlu aku dan isteriku tempuhi.  Adakah perlu aku memberontak?

Sesuatu yang dapat ku elakkan, namun terpaksa ku redahi, amat menyakitkanku.

Sesuatu yang mampu ku halang, namun terpaksa ku tempuhi, amat mengecewakanku.

Aku cuma berkehendakkan sesuatu yang baik bagiku sekeluarga kecil ini...

Namun tak dapat ku tembusi, disebabkan'mu' keadaan. Tidak ku persalahkanmu...

Kegiatan seharianku juga amat terhalang, oleh individu tertentu, oleh kerana sengketa yang muncul tanpa asal dan usul. Sengketa tersebut tiba-tiba hadir di kalanganku, entah kenapa.  

Hati ini ingin memberontak... MEMBERONTAK!!!!! 

Di benak fikiranku, jika ku sempitkan... banyak jalan lain yang mampu ku renangi, namun jalan-jalan tersebut akan mengukir padah yang tak ternilai punahnya. Dalam benak fikiranku, jika ku luaskan... aku terpaksa menghadapi 'keadaan' ini, dan akibatnya, keluargaku, dan aku sendiri... mungkin akan terus reput, dan mereput, dan lemas, tenggelam bersama 'keadaan' ini...

Ditelan? atau... Diludah?

Bagiku mudah...

Namun...

Ku amati 'keadaan'... di mana isteriku berdiri kini... adakah berbaloi 'ditelan'? atau 'diludah'?

Setiap langkah yang ku lakukan, selalunya akan dibias, dibidas, dihalang oleh suatu individu dengan cara yang begitu 'diskrit' cukup diskrit dan membuatku kekadang MENGAMUK!! dan melepaskan geramku kearah Putera ku sendiri. (Maafkan ku puteraku, aku tahu ITU SALAH!!) Namun tak dapat ku bendung bebanan yang semakin hari semakin dalam jatuhnya di hatiku ini.

Aku sudah bosan...

No comments:

Post a Comment

Will be published after revised.