Wednesday, May 10, 2017

~Ibu dan Bapa kepada anak-anakku sendiri~

Keinginanku sebagai seorang bapa, ialah untuk memberikan 'input' POSITIF dan membangun terhadap anak-anakku

     Pernahkah kamu terfikir, bagaimana perasaanmu sebagai seorang ibu... seorang bapa... di saat anakmu kau lihat ditakut-takuti dengan benda2 mahupun perihal2 kecil? Hatiku meronta melontarkan amukan yang sekian lama tertahan setelah terdengar anakku yang sedang membesar dengan baik dilontari perkataan2 yang sedemikian.

     Jauh di benak sanubariku, AKU INGIN ANAKKU TIDAK MENGETAHUI HAL BERKAITAN DENGAN 'TAKUT'... hal2 yang boleh dikatakan merencatkan psikologi mereka.  Hal berhati2 sepatutnya disampaikan dengan perkataan yang jauh lebih membangun dan positif.

     Tidak juga ku ingin sentiasa terdengar kata2 yang terus menerus mengajarkan anak2ku itu dan ini... bukan kerana aku tak ingin dibantu membimbing, membangun, menegur dan menjaga anak2ku ini... tetapi KU HANYA INGIN MENJADI SEORANG BAPA.... Mungkin kamu tak pernah diperbuat seperti ini disebabkan tinggal jauh dari keluargamu sendiri setelah mahligai keluargamu dibina, oleh yang demikian tak terasa olehmu bagaimana perasaanku apabila diperlakukan sedemikian pula olehmu...

     Sejak kecil aku dididik berasaskan kata2... itu dan ini, sedemikian dan sebegini, takkan pula sehingga ke lubang kubur aku harus mendengarkan juga perkataan2 itu lagi, bukan lagi daripada kedua orang tuaku, tetapi daripada orang di sekelilingku... biarku melangkah berdasarkan KEPUTUSANKU SENDIRI, keputusan KAMI... maumu bukan mahuku... sukamu bukanlah sukaku...

     Sekali ini, biarlah aku dan isteriku mendidik anak2ku... caraku, cara kami... bukan caramu... kehendakku, kehendak kami... bukan kehendakmu...

AKU HANYA INGIN MENJADI SEORANG BAPA, DAN ISTERIKU SEBAGAI IBU ANAK2KU....

No comments:

Post a Comment

Will be published after revised.